KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara yang mewakili orang kurang upaya (OKU), Senator Bathmavathi Krishnan hari ini mencadangkan agar semua kementerian untuk memenuhi kuota satu peratus dalam menawarkan pekerjaan kepada calon OKU yang layak dalam perkhidmatan awam.
"Saya berharap Ketua Setiausaha Negara akan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam memastikan kesemua kementerian mengambil bahagian dalam memenuhi kuota tersebut.
Iklan
Iklan
"Jika kerajaan benar-benar komited mahu mencapai matlamat ini, saya syorkan ia dimasukkan dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) setiap Ketua Setiausaha Kementerian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bathmavthi yang merupakan seorang OKU berkata, pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Awam sedang memuktamadkan satu Garis Panduan Pemadanan Jawatan dalam Perkhidmatan Awam bagi OKU.
"Bila ia siap, ini akan menjadi satu panduan kepada semua kementerian,” katanya.
Bathmavathi juga mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Abdul Rahman Othman sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam OKU yang pertama pada 15 April.
"Pelantikan beliau amat sesuai dengan pengalaman luasnya dalam perkkhidmatan awam, dan saya berharap beliau akan dapat memastikan pelaksanaan polisi satu peratus pekerja OKU dalam semua kementerian dalam perkhidmatan awam,” katanya. - Bernama