Profesor seleweng RM30,000 masuk akaun sendiri ditahan SPRM

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang timbalan pengarah di sebuah universiti awam yang dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk mengambil wang berjumlah lebih RM30,000 hasil keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran institusi berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Rabu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an yang juga profesor bergred Jusa C itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang.

Iklan
Iklan

"Timbalan pengarah itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan," katanya pada Rabu.

Tambah sumber, dalam kejadian yang berlaku pada Ogos 2021, suspek dikatakan telah membuat keputusan sendiri untuk memasukkan wang keuntungan tersebut ke dalam akaun bank peribadi miliknya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tegasnya, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis bagi permohonan reman.

Iklan