SELEPAS mengalami kecederaan dalam satu kemalangan motosikal pada Khamis lalu, pelakon Riz Amin berkongsi keadaan terkininya yang sudah kembali pulih.
Riz dilaporkan cedera pada bahagian mata dan buku lali kedua-dua belah kakinya akibat dilanggar dari belakang oleh motor sepupunya ketika mereka pulang daripada dari sebuah restoran.
Menurut Riz, dia dan sepupunya menunggang mosikal secara berasingan untuk pulang ke rumah. Namun apabila tiba di persimpangam dia terpaksa brek mengejut untuk mengelakkan daripada bertembung sebuah kereta yang dipandu laju.
Pelakon drama Selafaz Cinta ini menerusi laman Instgaramnya semalam, telah berkongsi berita tersebut dengan memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan kecederaan yang dialami ketika kemalangan pada Khamis lalu.
"Saja nak cerita. Pengalaman pahit lama tak naik motor, dok pusing-pusing area sini satu kereta dah masuk simpang secara mengejut. Kita pun terkejut break, cousin kat belakang pun terkejutlah. Apa lagi...
"Alhamduliah kami OK, cedera sikit saja. Tapi hari ini dah OK, mata pun tak bengkak macam tu dah,” jelasnya.
Tambah Riz lagi, selepas mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor, dia lega dan bersyukur kerana mereka tidak mengalami kecederaan yang serius. Difahamkan Riz kini sedang cuti berehat sehingga kecederaan tersebut benar-benar sembuh dan kembali menyambung kerja lakonannya seperti biasa.