Juara Olimpik tarik diri dari Kemboja 2023

Iklan
Joseph Schooling - Foto AFP

PEMENANG emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling dari Singapura, mengumumkan menarik diri daripada Sukan SEA 2023, apabila menyatakan dia tidak berada pada tahap terbaik bertanding di Kemboja.

"Selepas pertimbangan yang teliti bersama pasukan saya, saya memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan SEA.

Iklan
Iklan

"Ini bukan keputusan mudah, tetapi saya kini tidak berada pada tahap untuk beraksi. Akhirnya, negara saya didahulukan sebelum anugerah individu,” kata perenang berusia 27 tahun itu dalam satu kenyataan.

"Saya memutuskan untuk memberikan tempat kepada rakan sepasukan yang telah bersiap sedia dan menumpukan pada tugas tentera laut saya,” katanya.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Sukan SEA 2023 akan berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei di Kemboja.