PPS SK Felda Kota Gelanggi 1 tempatkan 77 mangsa banjir

Iklan
Anggota APM membantu mangsa banjir di PPS tersebut yang mula dibuka pada Rabu. - Foto Ihsan APM

JERANTUT - Seramai 77 mangsa banjir melibatkan 14 buah keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 yang dibuka jam 6.30 petang pada Rabu.

Dalam kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daeah (JPBD) Jerantut memberitahu, PPS tersebut menempatkan 24 lelaki dan 17 wanita dewasa, enam lelaki dan tujuh wanita warga emas, 11 kanak-kanak lelaki, 13 kanak-kanak perempuan dan seorang bayi perempuan.

Iklan
Iklan

"Situasi tersebut juga menyebabkan beberapa buah rumah di kawasan tersebut dinaiki air," ujar kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, paras air menunjukkan aliran menaik setakat ini.

Iklan

"Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut) juga telah dibuka secara skeleton (kekuatan separuh) di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jerantut," ujar kenyataan tersebut.

Iklan