Mangsa banjir Johor terus meningkat, lagi 18 PPS dibuka

Iklan
Orang ramai meredah banjir di laluan utama ke Kampung Kelantan di Kota Tinggi pada Rabu. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat setakat jam lapan malam pada Rabu dengan mencatatkan 9,162 mangsa daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kesemua sembilan daerah di negeri ini.

Menurut laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), peningkatan berkenaan turut menyaksikan sebanyak 18 PPS baharu dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pembukaan 18 PPS baharu di kesemua daerah susulan peningkatan mangsa banjir turut menjadikan sebanyak 90 PPS kini beroperasi ketika ini.

"Ketika ini data bagi kesemua mangsa juga sedang dikemaskini oleh petugas-petugas di kesemua PPS berkenaan,” menurut laporan berkenaan.

Iklan

Sementara itu, berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiada amaran ribut petir bagi negeri Johor.

Bagaimanapun, pihak MetMalaysia meramalkan hujan lebat berterusan di Johor sehingga 2 Mac dan fenomena hujan berterusan itu turut diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Iklan