SPRM tahan tiga kakitangan JKR Tentera Kedah atas kes tuntutan palsu

Iklan
Tiga penjawat awam termasuk jurutera awam kanan wanita di negeri ini serta seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu bernilai RM26,756 pada tahun lepas. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Tiga kakitangan Unit Jabatan Kerja Raya (JKR) Tentera Kedah termasuk jurutera kanan wanita dan seorang kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM26,756.

Perintah reman terhadap empat individu berusia antara 34 hingga 50 tahun bermula semalam dilakukan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Noor Lyana Ab Rahim.

Iklan
Iklan

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan keempat-empat individu berhubung tuntutan palsu bernilai RM19,950 dan RM6,806.

Jurutera kanan wanita berusia 50 tahun disyaki membuat dua tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan kakitangan- kursus pemasangan penyaman udara dan pengudaraan mekanikal (kediaman dan komersial ringan).

Iklan

Dia dipercayai berpakat dengan pembantu tadbir kewangan,46, pembantu kemahiran,34, dan seorang kontraktor,37, untuk melakukan perbuatan itu pada tahun lepas.

Mereka disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu kursus kemahiran untuk kakitangan dan orang awam yang tidak wujud itu antara Mei dan Oktober tahun lepas.

Iklan

Kelmarin, keempat-empat individu ditahan di Pejabat SPRM Kedah, di sini, antara jam 6 hingga 6.30 petang selepas hadir bagi memberi keterangan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan keempat individu terbabit dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.