KDA FC terima komitmen tajaan lebih RM20 juta

Iklan
Mohd Daud

KEDAH Darul Aman (KDA) FC menerima komitmen tajaan daripada pelbagai pihak berjumlah lebih RM20 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, jumlah itu, merangkumi tajaan tunai berjumlah RM15 juta dan bukan tunai kira-kira RM5 juta, daripada sembilan penaja dan lebih 20 rakan strategik.

Iklan
Iklan

"Kami sedang merancang untuk 'menghijau kuningkan' semua perniagaan di Kedah ini, maknanya kita akan mencari lebih ramai lagi rakan-rakan perniagaan (untuk menjalinkan kerjasama dengan KDA FC).

"Ia akan memberikan timbal balik yang baik kepada KDA FC, penyokong dan kepada pemilik premis perniagaan yang terlibat,”katanya pada sidang media di Jitra pada Rabu.

Iklan

Terdahulu beliau mengumumkan kerjasama antara KDA FC dengan rakan strategik baharu iaitu Fantasia Aquapark, yang akan menjual tiket perlawanan bola sepak musim ini di kaunter yang disediakan di taman tema air itu.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Terengganu FC malam ini, Mohd Daud berkata, pihaknya berasa teruja apabila ramai penyokong KDA FC, telah mendapatkan tiket dan akan membanjiri Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk memberi sokongan kepada skuad Sang Kenari.

Iklan

"Kami di pihak pengurusan dan pemain serta jurulatih, perlu sentiasa melihat untuk memberikan satu benda yang baharu dan unik kepada penyokong Kedah. Apabila ramai penyokong Kedah beratur untuk membeli tiket, itu petanda kebangkitan baharu hijau kuning,”katanya. - Bernama