Wai Ching tekad terus pahat nama dalam Guinness World Records

Iklan
Wai Ching

PELARI menara nombor satu negara Soh Wai Ching mahu terus mencipta sensasi melakukan rekod pendakian tertinggi bagi cabaran pendakian mesin tangga simulasi dalam tempoh sejam, setelah memahat nama dalam Guinness World Records (GWR) tiga tahun lalu,

Menurut Wai Ching, berbeza dengan pencapaian GWR diraihnya melibatkan jarak 1.295 kilometer (km) dalam tempoh sejam pada 2020, beliau dikehendaki melakukan perkara sama membabitkan jarak 1.61km pada 7 April ini sempena Hari Kesihatan Sedunia 2023.

Iklan
Iklan

"Untuk disahkan sebagai pemegang GWR itu, saya perlu mendaki lebih 7,000 anak tangga menggunakan mesin tangga simulasi,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, biarpun telah mengharumkan nama negara dengan memenangi 19 daripada 20 perlumbaan yang disertainya tahun lepas, cabaran pendakian tangga simulasi lebih menuntut kekuatan mental dan fizikal.

Iklan

"Bagi saya pendakian tangga biasa memberikan peluang buat peserta untuk mengatur langkah yang lebih jauh serta ruang berehat, tapi tidak bagi pendakian tangga simulasi kerana peserta akan mendaki secara setempat tanpa berhenti,”katanya.

Pemegang rekod GWR itu sebelum ini berjaya mengatasi rekod dunia semasa cabaran pendakian tangga menegak dipegang David Robles Tapia dari Sepanyol iaitu 1.227km dalam tempoh sejam pada 2019.- Bernama

Iklan