Jabatan Penjara siap sedia untuk jalani pembaharuan

Iklan
Muhyiddin (hadapan lima kiri) bergambar bersama wakil kedutaan tujuh negara dan pegawai-pegawai Ibu Pejabat Penjara Malaysia sempena Majlis Perasmian Forum "Intelligent Smart Prison" di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) hari ini. -Foto Bernama

KAJANG - Jabatan Penjara sedang menyiapkan langkah-langkah pembaharuan yang akan melibatkan penambahbaikan dalam setiap aspek pengurusannya, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembaharuan yang dirancang termasuk dalam aspek penahanan, rehabilitasi, latihan petugas, pematuhan peraturan, kemudahan, koreksi komuniti, integrasi semula banduan ke dalam masyarakat.

Iklan
Iklan

"Banduan akan diberi layanan berlandaskan peraturan dan undang-undang walaupun mereka ketika ini berhadapan dengan masalah kesesakan di kebanyakan penjara di seluruh negara.

"Dari segi kemudahan koreksi, kementerian saya akan terus melakukan yang terbaik dalam usaha membekalkan Jabatan Penjara Malaysia dengan insfrastruktur yang lengkap dan sesuai seperti pusat-pusat rehabilitasi, keselamatan dan kemudahan kesihatan dengan teknologi terkini,” katanya selepas merasmikan Forum ‘Intelligence Smart Prison’, di sini hari ini.

Iklan

Muhyiddin berkata dari aspek integrasi semula, Jabatan Penjara akan memastikan modul-modul untuk integrasi semula banduan ke dalam komuniti dilaksnakan dengan efektif. Sementara itu Muhyiddin berkata forum itu memberikan peluang kepada Jabatan Penjara untuk menyemak semula pengurusan dan operasinya dari perspektif lima negara maju termasuk China, Jepun dan United Kingdom.

"Pakar-pakar dari negara ini akan berkongsi pengalaman mereka dalam penggunaan sistem kecerdasan buatan bagi meningkatkan lagi operasi dan pengurusan penjara.

Iklan

"Mereka juga akan berkongsi kisah-kisah kejayaan, cabaran-cabaran serta pengajaran daripada pelaksanaan sistem ini,” katanya.

Muhyiddin berkata keberkesanan ‘penjara pintar’ melewati teknologi, yang memerlukan satu strategi yang menyatukan penyelidikan berterusan dan bertindakbalas terhadap isu-isu praktikal yang berkaitan dengan pelaksanaannya.

Katanya penjara di seluruh dunia boleh belajar antara satu sama lain menerusi platform sedia ada untuk kerjasama serantau dan antarabangsa.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar. -Bernama