Enam remaja ditahan pecah masuk kedai telefon bimbit

Iklan
Telefon bimbit yang dirampas daripada enam remaja yang terlibat dalam kejadian pecah masuk kedai telefon bimbit di Kampung Baru Jerkoh, Benta.

LIPIS - Polis menahan enam remaja kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Kampung Baru Jerkoh, Benta di sini pada pertengahan Februari lalu membabitkan kerugian RM10,000.

Suspek berusia 16 hingga 17 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Lipis dan Raub antara jam 9 pagi hingga 6.35 petang pada 23 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, susulan penahanan remaja terbabit, polis menemui dan merampas lapan telefon bimbit pelbagai jenama bersama kad sim.

Menurutnya, hasil siasatan remaja itu mengaku terlibat dalam kejadian pecah masuk kedai telefon bimbit terbabit.

Iklan

"Mereka menjadikan kedai telefon bimbit di tepi jalan dan melakukan jenayah itu antara jam 2 hingga 6 pagi.

"Semakan rekod mendapati kesemua mereka tidak memiliki rekod jenayah lampau," katanya.

Iklan

Azli berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Jengkaut yang disyaki dicuri di Aur Gading ditemui susulan penahanan dua suspek di Gua Musang, Kelantan pada 27 Februari lalu.

Dalam kes berasingan, polis berjaya menyelesaikan kes kecurian jengkaut dianggarkan bernilai RM35,000 di Aur Gading di sini dengan tertangkapnya dua lelaki berusia 25 dan 65 tahun pada 27 Februari lalu.

Menurutnya, suspek ditahan kira-kira jam 5.30 petang di sebuah bengkel di perumahan Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan.

"Pemeriksaan lanjut polis menemui jengkaut yang dilaporkan hilang bersama kunci selain merampas telefon bimbit dan beberapa peralatan lain.

"Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan," katanya.

Tambah beliau, salah seorang suspek turut memiliki rekod lampau berkait akta racun dan jenayah.

"Polis turut mengesan seorang lelaki dikenali dengan panggilan 'Mat Yo' yang disyaki turut terlibat dalam kes tersebut," ujarnya.