KPT mungkin benar tubuh cawangan parti politik di kampus

Iklan
Mohamed Khaled - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan penubuhan cawangan parti politik di kampus selari dengan agenda pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kelonggaran itu juga selaras dengan usaha untuk menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan amalan politik matang terutamanya melibatkan golongan muda.

Iklan
Iklan

Malah katanya, ketika ini juga banyak kelonggaran telah dilaksanakan membabitkan akta itu seiring dengan perkembangan semasa.

"Seperti yang telah diumumkan (sebelum ini), kita telah lakukan pelbagai pindaan kepada AUKU yang melibatkan soal kegiatan pelajar, urus tadbir universiti dan sebagainya.

Iklan

"Selain itu, memang (juga) kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik yang berada di dalam atau di luar kampus termasuklah untuk pelajar itu menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Jadi semua perkara-perkara itu memang telahpun dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk isu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muhammad Islahuddin Abas (PN- Mersing) yang bertanyakan sama ada KPT akan memberi kelonggaran kepada parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti bagi menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan amalan politik matang selaras dengan usaha reformasi.

Sementara itu, menjawab soalan asal Muhammad Islahuddin yang bertanyakan sama ada kerajaan akan meneruskan amalan lantikan Naib Canselor oleh Menteri susulan keputusan KPT untuk tidak memansuhkan AUKU, Mohamed Khaled menegaskan urusan pelantikan tersebut akan menggunakan kaedah sedia ada.

"Memandangkan kerajaan tiada cadangan memansuhkan AUKU, maka amalan sedia ada berkaitan lantikan Naib Canselor Universiti Awam (UA) akan diteruskan seperti sebelumnya.

"Iaitu pelantikan Naib Canselor sesebuah universiti awam dilakukan oleh Menteri dengan mengikut prosedur dan ketetapan akta yang diluluskan oleh Parlimen dan Aktanya ialah Akta AUKU 1971,” katanya.