'Kaji naikkan harga getah RM3 sekilo, lebih baik PM yang umum'

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cadangan untuk mengkaji menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 yang diumumkan pada Belanjawan 2023.

Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih baik pertimbangan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.

Iklan
Iklan

"Apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang belanjawan adalah satu pengumuman kenaikan yang akan dilaksanakan.

"Kalau pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri selaku menteri kewangan, kami yakin itu lebih baik untuk pekebun-pekebun kecil getah keseluruhannya," katanya pada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa kementerian itu akan memperhalusi cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangkan dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa negara.

Iklan