Sarjan ditahan disyaki minta rasuah

Iklan
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Temerloh untuk perintah reman pada Khamis.

KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut ditahan untuk siasatan berhubung kes rasuah.

Suspek berusia 35 tahun ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Temerloh jam 11.15 malam pada Rabu.

Iklan
Iklan

Lelaki tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis untuk perintah reman.

Majistret Tuan Mohamed Shah Reza Noor Azman membenarkan perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula Khamis hingga 8 Mac ini.

Iklan

Suspek didakwa meminta rasuah RM1,000 sebagai dorongan untuk tidak lagi mengambil tindakan terhadap anak kepada seorang lelaki yang telah dijatuh hukum atas kesalahan pertama menyalahgunakan ketum.

Pengadu mendakwa dihubungi sarjan itu pada 28 Februari lalu ketika dia berada di Mahkamah Jerantut atas urusan pembayaran wang denda anaknya itu.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.