Kalau semua ikut peraturan, tidaklah Dewan Rakyat dipanggil ‘zoo’

Iklan
Ramli Mohd Nor

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen sekali lagi diingatkan agar membaca dan fahami inti pati Peraturan Mesyuarat bagi memastikan Dewan Rakyat tidak lagi ‘dilabel’ sebagai zoo oleh masyarakat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, ahli-ahli Dewan Parlimen terutamanya yang baharu pertama kali menjadi wakil rakyat dinasihatkan supaya merujuk peraturan yang ditetapkan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ahli Parlimen juga digalak untuk bertanya sekiranya ada perkara atau isu yang tidak difahami bagi mengelak berlakunya ‘cacamarba’.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) sebelum itu bangkit mengemukakan usul supaya isu pengimport telur dari India dibahaskan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan import berkenaan dilakukan secara tender terbuka.

Iklan

"Yang Berhormat Arau (Shahidan) dah nak masuk enam penggal. Buku peraturan itu saya rasa dah hadam dah, jadi saya pohon Yang Berhormat tahu peraturannya, 18, 43, 17 (peraturan mesyuarat).

"Saya cadangkan Yang Berhormat buat secara bertulis kerana Speaker terpaksa melihat semula apa usul itu. Bagus Yang Berhormat, kerana yang ini beri Yang Berhormat baru ini ambil maklum. Dalam peraturan ini, dengan izin, saya ambil beberapa minit.

Iklan

"Yang Berhormat tekankan 35, 36, 37 (peraturan mesyuarat), itu kita cakap dalam dewan ini dan jika berlaku juga, keputusannya adalah atas pengerusi atas peraturan 44, 99, 99A...senang.

"Kalau kita ikut itu, tiadalah masyarakat di luar itu panggil kita ‘zoo’. Terima kasih,” katanya sebelum sebelum sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.