Dr Hafiz terkejut Lufya Omar tuntut mutaah RM1 juta

Iklan
Lufya (kiri) mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz (kanan) pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun. - Foto Awani

"YA, saya memang terkejut,” kata bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.

Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis enggan mengulas lebih lanjut berhubung tuntutan yang dibuat oleh bekas isterinya itu pada Oktober tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

"Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” kata Dr Hafiz.

Iklan

Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM1 juta.

"Mutaah ini adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

Iklan

"Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh (perjanjian) namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

Dalam pada itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual pihak media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022. - Awani