Amanah kutuk insiden keganasan di Sri Lanka

Iklan
Mohamad. Foto: SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) mengutuk sekeras-kerasnya dan menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap tragedi hitam yang berlaku di beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka sehingga mengorbankan kira-kira 290 nyawa serta mencederakan ramai pengunjung.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, walau sesiapapun yang melakukan perbuatan itu dan atas apa juga motif pembunuhan dilakukan, tiada agama terutamanya Islam yang membenarkan tindakan zalim tersebut daripada berlaku.

Iklan
Iklan

"Dunia perlu segera bangkit. Mengutuk tragedi ini sahaja sudah tidak mencukupi. Para pemimpin dunia perlu bertindak dengan lebih kuat untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.

"Tindakan para pengecut yang mensasarkan orang awam dan rumah ibadah perlu dibanteras sehingga ke akar umbi," katanya menerusi satu kenyataan.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kegagalan dunia bertindak pantas membanteras keganasan itu dibimbangi hanya akan menyuburkan kumpulan radikal yang akan melakukan tindak balas yang serupa.

Katanya, natijahnya akan lebih memburukkan keamanan dunia dan merosakkan ekonomi yang akan memberi kesan kepada masyarakat.

Iklan

"Tiada ruang dan peluang untuk keganasan di atas nama agama berlaku di atas muka bumi ini. Setiap nyawa adalah berharga dan berhak dipelihara seperti yang dituntut dalam ajaran Islam dan agama-agama yang lain," katanya.

Sehubungan itu, bagi pihak Amanah, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan kesedihan bersama rakyat Malaysia terhadap warga Sri Lanka.