Radamel Falcao: Solari tunggu lampu hijau TMJ

Iklan
Falcao bersaing dengan pemain tengah Atletico Madrid, Axel Witsel semasa perlawanan La Liga di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid pada 18 Oktober 2022. - Foto AFP

JUARA sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya menunggu ‘lampu hijau’ pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi merealisasikan perpindahan penyerang Colombia, Radamel Falcao.

Malah Pengendali JDT, Esteban Solari tidak menolak kemungkinan pemain kelab Sepanyol, Rayo Vallecano akan memperkuatkan cabaran pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Iklan
Iklan

"Seperti yang semua sedia maklum, JDT adalah kelab besar seterusnya mengetahui peluang yang ada di luar.

"Pada masa sama, kita akan menunggu perkara itu (kemasukan Falcao) dan saya tidak boleh bercakap lebih lanjut kerana mahu menunggu bos membuat keputusan,” katanya selepas perlawanan Liga Super 2023 JDT menentang Kuala Lumpur City (KL City).

Iklan

Media Sepanyol Marca sebelum ini melaporkan bekas pemain River Plate (Argentina), Porto (Portugal) Atlético Madrid (Sepanyol), Monaco (Perancis), Manchester United (England), Chelsea (England) dan Galatasaray (Turkiye) itu mahu menggalas cabaran baharu bersama Harimau Selatan.

Malah Marca turut mendakwa Falcao sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama JDT.

Iklan

Sementara itu, anak buah Solari membawa pulang tiga mata dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras selepas menewaskan skuad kendalian Bojan Hodak, 3-0.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan setelah membenam cabaran Terengganu FC (TFC) 2-0 dalam saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebelum ini.