27 warga Indonesia dijel tiga bulan guna kad pengenalan palsu

Iklan
Seramai 27 warga Indonesia dihukum penjara tiga bulan kerana memiliki kad pengenalan palsu.- Foto Bernama.

PETALING JAYA - Seramai 27 warga Indonesia dihukum penjara tiga bulan manakala dua rakan mereka didenda RM2,000 dan RM3,000 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana memiliki kad pengenalan palsu, bulan lepas.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 70 tahun itu dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa, Zhafran Rahim Hamzah dan Muhammad Iskandar Zainol.

Iklan
Iklan

Bagi 27 tertuduh yang dihukum penjara ialah Slamet Riyanti Kasirin, Sumianti Lahadi, Beretia Badulu, Riski Lasada, Nurlia Haeruddin, Anugerah Syaripuddin, Dawi Sadida, Husna Lino, Roslia Borak, Andi Nur Aishah Akbar, Putri Mawarni, Dedi Saputra Ismail, Paridah Parangai, Herianti M Arif, Hadi Badrosa, Karyawati Langka, Nurhaidah Iwan, Ita Lappa, Hernawati Cagga, Hitrana Ghafar, Nor Ahmad Ali, Enceng Sateng, Ratna Dewi Uti, Rohana Baso, Ainol Mardiah Amirudin, Ani M Tahir dan Hadilah Kacok.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 27 Februari lepas.

Iklan

Dua lagi tertuduh iaitu Kasmira Pirman didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan manakala Suriati Abu Tahir didenda RM2,000 atau penjara dua bulan

Mengikut pertuduhan, mereka yang merupakan pekerja kilang didakwa tanpa kuasa yang sah, memiliki kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Perindustrian Puchong, Seksyen 6 di sini, pada 10.30 pagi, 27 Februari lepas.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Norfadilah Shaari dan Zulkarnain Ahmad. - Bernama.