Tiga ditangkap kes letup mesin ATM

Iklan
Hussein (dua dari kiri) menunjukkan duit dan bahan bukti berhubung kes rompakan mesin ATM di Setia Alam, dekat sini pada 23 Februari lalu.

SHAH ALAM - Polis memberkas tiga penjenayah termasuk dalang yang terlibat dalam kes letup mesin wang automatik (ATM) pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 43 tahun ditahan di lokasi berasingan sekitar Kuang dan Meru, Selangor menerusi operasi bermula kira-kira jam 4 pagi.

Iklan
Iklan

Kata beliau, hasil tangkapan tersebut, polis merampas sejumlah wang kertas RM100 dan RM50 yang terkena dakwat semasa kejadian merompak selain pakaian, serbuk pencuci, telefon bimbit dan kenderaan jenis Mitsubishi ASX.

"Soal siasat suspek yang di bawah pengaruh dadah itu mengaku terlibat dalam kes terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan ini terlibat dalam dua kejadian rompakan dengan modus operandi sama pada Disember 2020 dan Februari 2022.

Tambah Hussein, suspek menyasarkan mesin ATM yang menggunakan sistem lama.

Iklan

Ujarnya, siasatan mendapati suspek membawa dua gulung hos ke dalam kawasan premis yang dipercayai digunakan untuk memasukkan gas ke dalam ruang pengeluaran wang yang telah diumpil sebelum mengaktifkan letupan menggunakan percikan api.

"Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut," katanya.

23 Februari, Sinar Harian melaporkan tiga suspek bertopeng bertindak meletupkan dua mesin ATM sebuah bank di Setia Alam di sini dan melarikan wang tunai RM267,150.