Enam ahli Parlimen PN berlepas ke Turkiye untuk misi bantuan

Iklan
Tuan Ibrahim (tengah) bergambar bersama ahli parlimen PN dan sukarelawan di KLIA sebelum berlepas ke Turkiye.

SHAH ALAM - Seramai enam ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan berangkat ke Turkiye bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di republik itu dan Syria.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka yang diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 malam Khamis dengan disertai enam sukarelawan daripada PasRelief dan Sekretariat Aid4 Turkiye Syria.

"Bantuan berfokus kepada program seperti membina semula lima buah rumah sederhana kekal daripada kontena yang bernilai RM30,000 sebuah. Kos diperuntukan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM150,000.

Iklan

"Kami juga, menyalurkan bantuan makanan dan pakaian untuk musim sejuk yang akan dihantar di kawasan sempadan dua negara terbabit. Peruntukan bantuan ini bernilai RM200,000.

"Anggaran kos keseluruhan yang diperlukan bagi kedua-dua program ini adalah sebanyak RM3 Juta. Sekretariat telah menyusun beberapa pelan bantuan dalam tempoh yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Jelas beliau, buat masa ini, sebanyak RM350,000 telah diperuntukan dalam misi bantuan ini hasil daripada sumbangan ahli Parlimen PN dan juga orang ramai.

​Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam akaun Facebooknya berkata, misi berkenaan adalah bagi menyalurkan bantuan pasca gempa bumi dengan memfokuskan penyediaan rumah sederhana kekal daripada kontena, bantuan makanan serta pakaian untuk musim sejuk.

"Kita ada empat misi bantuan kemanusiaan secara keseluruhan dan ini adalah misi bantuan kedua untuk menyerahkan sebanyak lima buah rumah kontena di Turkiye dan sebuah kontena makanan ke Syria.

"Berdasarkan jadual, kami akan ke dua lokasi iaitu Gaziantep dan Hatay dan dijangka pulang ke tanah air pada 7 Mac.

"Sebanyak RM350,000 diperuntukkan dalam misi bantuan ini hasil sumbangan daripada ahli Parlimen PN dan juga orang awam,” katanya hari ini.