Town Hall Rakyat bersama Fahmi Fadzil terbuka kepada semua

Iklan
Fahmi (Gambar kecil: Nik Justin)

SHAH ALAM - Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Isnin depan terbuka kepada orang ramai.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, program baharu yang bermula jam 8.30 malam itu akan berlangsung secara langsung di Dewan Kompleks Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Iklan
Iklan

"Ia merupakan satu program terbaharu yang akan diperkenalkan oleh Sinar Harian dengan membawa konsep mendekatkan menteri dengan rakyat.

"Sinar Harian (mahu) menjadi platform untuk rakyat (mengenali) lebih dekat dengan memberi ruang bertanya secara terus kepada menteri.

Iklan

Nik Justin turut berpendapat, Town Hall Rakyat itu boleh terus dijadikan salah satu program tetap untuk tahun ini kerana ia bersesuaian dan bertepatan pada masa kini.

Ujarnya, program tersebut membawa konsep melibatkan orang ramai di mana pandangan serta pendapat menteri dapat didengar dengan lebih terperinci oleh rakyat.

Iklan

"Jadi, saya rasa kita (Sinar Harian) adalah antara satu-satu media tempatan menganjurkan konsep town hall seperti ini.

"Secara tak langsung, ia akan menjadi satu program baharu yang akan dikeluarkan oleh Sinar Harian dan akan diteruskan selagi mana ia mendapat sambutan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, jelasnya, pemilihan pelakon, Azhar Sulaiman sebagai hos program Town Hall Rakyat adalah tepat berdasarkan latar belakang yang baik dari segi kerjaya dan pendidikan dan turut disegani.

"Selain itu, beliau juga merupakan influencer atau pempengaruh secara tak langsung ‘pandai memikat atau menambat hati’ orang ramai.

"Bagi saya, pemilihan Azhar itu amat bertepatan kerana beliau juga mempunyai peminat daripada pelbagai golongan masyarakat.

"Jadi, Azhar boleh jadi pengantara terbaik antara rakyat dan juga Fahmi Fadzil,” ujarnya.