FGV salur RM500,000 bantu masjid, kariah Wilayah Persekutuan

Iklan
Dzulkifli (tiga dari kiri) dan Mohd Ajib (dua dari kanan) pada pelancaran Program Jalinan Mesra Saji di Masjid Negara pada Khamis.

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Berhad (FGV) memperuntukkan RM500,000 bagi menyantuni masjid dan kariah di Wilayah Persekutuan menerusi Program Jalinan Mesra Saji.

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Iklan
Iklan

Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd Wahab berkata, program tersebut akan diadakan secara bersiri setiap bulan oleh FGV di lapan masjid terpilih sekitar Wilayah Persekutuan yang dimulakan dengan Masjid Negara.

"Pada hari ini (Khamis), Masjid Negara dan ahli kariahnya menerima beberapa sumbangan termasuk sumbangan kewangan bernilai RM450 dan barangan FGV bernilai RM50 kepada 200 asnaf.

Iklan

"Jumlah keseluruhan sumbangan bagi lapan lokasi masjid termasuk di Masjid Negara adalah bernilai RM500,000," katanya pada pelancaran Program Jalinan Mesra Saji di Masjid Negara pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah Jawi, Mohd Datuk Mohd Ajib Ismail dan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Dzulkifli (belakang, enam dari kanan) bergambar bersama penerima pada pelancaran Program Jalinan Mesra Saji di Masjid Negara pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan berkata, PPZ-MAIWP memuji usaha kumpulan FGV yang peka dengan tanggungjawab menunaikan zakat, sekali gus prihatin dengan keperluan asnaf yang semakin meningkat.

"FGV Holdings Berhad merupakan pembayar zakat perniagaan dan majikan yang membuat potongan gaji zakat kakitangannya di PPZ-MAIWP.

"Dengan pembayaran zakat perniagaan dan potongan zakat kakitangan, telah melayakkan FGV menerima Skim Wakalah untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.