PDRM kerah 369 pegawai, anggota bantu mangsa banjir

Iklan
Acryl Sani (tiga, kiri) beramah mesra dengan penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2022 di Bukit Aman pada Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan seramai 369 pegawai dan anggota membantu mangsa banjir yang melanda seluruh negara sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyifatkan insiden banjir tersebut merupakan bencana alam yang terburuk berlaku di Johor pada tahun ini.

Iklan
Iklan

"Pelbagai sumber tenaga manusia seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan beberapa pasukan penyelamat yang lain digerakkan dalam operasi menyelamat.

"Seramai 369 anggota dan pegawai polis turut membantu mangsa banjir," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2022 di sini, pada Jumaat.

Iklan

Acryl Sani berkata, operasi Balai Polis Chaah di Segamat yang ditenggelami banjir akan dihentikan sementara waktu sehingga pulih.

"Selain itu, 126 mangsa di kuarters polis di Segamat turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani mengumumkan seramai 10,281 pegawai dan anggota telah diperaku sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2022.

"Anugerah ini merupakan manifestasi pengiktirafan kerajaan kepada penjawat awam yang telah mempamerkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

"Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat kepada warga PDRM untuk terus berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan,” katanya.