SHAH ALAM - Perniagaan produk kosmetik, Skin Dessert menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila bukan sahaja mendapat tempat di pasaran tempatan, malah turut melebarkan sayap ke negara-negara luar.
Pengasasnya, Zirra Abdullah berkata, perkembangan positif itu sekali gus membuka lebih banyak ruang dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dalam industri perniagaan kosmetik di negara ini terutama golongan wanita.
Ujar Zirra, menyedari potensi perniagaan untuk berkembang lebih jauh, Skin Dessert menyasarkan untuk melahirkan seramai 6,000 usahawan untuk tahun ini.
"Setakat ini kami mempunyai 1,000 hingga 2,000 ejen yang berdaftar tetapi misi kami untuk tahun 2023 adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi.
"Untuk sasaran itu, saya menjangkakan Skin Dessert boleh capai tiga kali ganda untuk tahun ini, insya-ALLAH.
"Bagi saya Skin Dessert bukan sekadar platform menjual produk penjagaan kulit semata-mata, tetapi saya fokus untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan sehingga dapat mencapai gelaran jutawan, itu yang kami perjuangkan,” katanya kepada Sinar Harian.
"Alhamdulillah, setakat ini Skin Dessert mendapat permintaan pengguna dari Indonesia, Singapura dan Brunei. Maksudnya ejen-ejen saya sudah membawa produk ke sana.
"Saya merancang membuka outlet di sana untuk memudahkan mereka yang berada di negara-negara jiran mendapatkan produk-produk Skin Dessert,” katanya.
Utamakan keselamatan produk
Percaya kepada rezeki yang telah ditentukan, namun Zirra tetap berusaha untuk memastikan produk keluarannya terus kekal dalam pasaran dan yakin keunikan produknya menjadi faktor pilihan pelanggan setia.
Bagi mengutamakan aspek keselamatan produk kepada pengguna, produk-produk Skin Dessert telah mendapat kelulusan daripada Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia berdasarkan ujian makmal yang dijalankan.
"Sebagai pengasas, saya berusaha menyediakan produk yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya. Jadi, dalam perniagaan ini kami utamakan keselamatan produk dengan menyediakan ujian makmal yang lengkap dan dipercayai.
"Alhamdulillah, produk kami iaitu Skin Dessert Repairing Moisturizer juga mendapat kelulusan uji kaji daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad. Mereka sahkan produk kami selesa untuk digunakan,” ujarnya.
Sementara itu, Zirra berkata, pencapaian empayar perniagaan miliknya itu sukar untuk dikecapi tanpa berkat sokongan daripada tenaga ejen-ejen dan usahawan yang terlibat.
Katanya, semangat berpasukan dalam perniagaan menjadi asas utama dalam membentuk hala tuju mereka ke arah memajukan jenama Skin Dessert di pasaran.
"Saya memegang prinsip ‘tiada balasan kebaikan, selain kebaikan’. Saya tidak meletakkan diri saya sebagai pengasas, saya hanya sebagai ketua tetapi berjalan bersama pasukan-pasukan saya. Saya juga menerapkan nilai kasih sayang kepada mereka.
"Jadi bila apa-apa berlaku, saya akan pertahankan dan menjaga mereka supaya mereka tetap terus pegang tali perjuangan secara bersama,” jelasnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pengalaman jatuh bangun sebagai usahawan produk kosmetik, Zirra akui, banyak cabaran yang dihadapinya dan bukan mudah untuk berjaya sehingga tahap ini.
Bagaimanapun, minat yang mendalam terhadap perniagaan kosmetik menjadi pembakar semangatnya untuk terus berusaha agar perniagaannya kekal stabil dan berkembang.
"Sebelum melahirkan Skin Dessert, saya berniaga secara dalam talian sejak 2015. Saya pernah menjadi ‘dropship’ dan menjual produk-produk tempatan lain sebelum mengeluarkan produk sendiri.
"Jatuh bangun dalam perniagaan saya hadap berkali-kali, tetapi saya jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk melahirkan usahawan menerusi produk Skin Dessert. Segala ujian saya sahut dan saya yakin dengan rezeki ALLAH,” ujarnya.
"Apabila sesuatu ujian yang besar datang, sebenarnya itu adalah petanda untuk ALLAH bagi lebih baik lagi, sebab itu saya terus bangkit.
"Walaupun saya masih lagi bergelut dalam (mengusahakan) Skin Dessert, saya yakin kebangkitan lebih luar biasa selepas ini sebab pengalaman itu mematangkan bisnes yang sebenarnya,” kata Zirra.
Rangkaian produk Skin Dessert
- Skin Dessert Repairing Moisturizer (Mader)
- Skin Dessert Repairing Moisturizer (Baby)
- Skin Dessert Soothing Moisturiser
- Skin Dessert Acne Repairing Serum
- Skin Dessert Cushion Sunscreen (Berry Bright)
- Skin Dessert Cushion Sunscreen (Creamy Cheese)
- Skin Dessert Cushion Sunscreen (Lotus Biscoff)
- Skin Dessert Gentle Hydrating Cleanser (Mader)
- Skin Dessert Gentle Hydrating Cleanser (Baby)
- Jelly Dolly
- Lip Plump Peptide
PROFIL
Nama: Zirra Abdullah
Umur: 37 tahun
Syarikat: Skin Dessert
Latar belakang Pendidikan:
- Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Hubungi kami:
- Facebook: skin dessert official
- Instagram: skindessert_hq.official
- Laman web: http://skindessert.my/
- Email: skindesserthq@gmail.com