Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan persiapan terakhir sempena Festival Taman Kuala Lumpur ketika tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Festival yang berlangsung pada 4 hingga 12 Mac itu bertemakan Laman Seni dan Flora yang merangkumi sembilan komponen pameran dan pertunjukan. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.