SHAH ALAM - Syarikat produk kecantikan dari Indonesia, PT Paragon Technology and Innovation melalui anak syarikat Malaysianya, Pharmacore Technology and Innovation Sdn Bhd bukan sekadar memasarkan Wardah, jenama kosmetik dan penjagaan kulit wajah halal ini turut memperkasakan wanita untuk menjadi lebih yakin terhadap penampilan diri.
Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan, Teknologi dan Inovasi PT Paragon Technology and Innovation, Dr. Sari Chairunnisa Sp.KK berkata, adalah suatu inspirasi bagi syarikat itu untuk menjadi solusi terhadap pengguna yang memiliki masalah kulit.
"Produk Wardah Beauty (Wardah) menyediakan rangkaian produk yang luas bermula dengan kosmetik hinggalah kepada penjagaan wajah. Kami ingin memenuhi semua jenis kulit dan masalah kulit untuk kebanyakan wanita Asia,” katanya kepada Sinar Harian.
Pihaknya ingin mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan wanita supaya mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan berjaya dalam bidang perniagaan.
"Di Indonesia, 85 peratus pekerja kami adalah wanita berusia di bawah 40 tahun. Kami berada dalam pasaran bukan sahaja untuk mencipta keuntungan malah mahu melakukan lebih dari perniagaan.
"Kami mewujudkan 360 persekitaran wanita Islam supaya dapat memperkasakan satu sama lain untuk mencipta kebaikan lebih besar di mana ketika itu wanita berhijab masih dilihat sebagai sangat konservatif dan tidak berfikiran terbuka,” ujarnya.
Dr Sari Chairunnisa yang juga anak kepada pengasas syarikat itu berkata, PT Paragon Technology and Innovation telah ditubuhkan pada 28 Februari 1985 bersempena dengan nama Pusaka Tradisi Ibu (PTI) oleh ibu dan bapanya iaitu Nurhayati Subakat dan Subakat Hadi.
Bermula dengan perniagaan dari rumah, ibunya memanfaatkan kepakaran dan kebolehan dari latar belakang pendidikan sebagai ahli farmasi dengan menghasilkan jenama penjagaan rambut yang diberi nama Putri iaitu jenama pilihan salun.
"Di Indonesia orang mula melahirkan rasa bimbang apakah kosmetik yang dipakai itu halal dan boleh dipakai untuk solat maka sebab itu kita hasilkan produk jenama kosmetik yang halal dan bersih untuk golongan beragama Islam,” jelas Dr Sari Chairunnisa.
Konsep ‘door to door’
Beliau akui banyak liku dan cabaran dihadapi, namun ia mematangkan mereka untuk bergerak ke hadapan dan menjadi lebih maju.
"Musibah terbesar buat kami adalah kebakaran besar pada 1990 yang memusnahkan aset syarikat dan rumah kami. Dengan susah payah, kami bangkit dan melonjak lebih tinggi lagi dengan membina kilang pertama kami di kawasan Kediaman Perindustrian Cibodas, Tangerang, Indonesia.
"Perjalanan diteruskan apabila pada 1995 kami melihat peluang untuk menyokong keperluan wanita terhadap produk kosmetik halal dan selamat,” jelasnya.
Justeru itu, mereka melancarkan jenama Wardah yang bermaksud bunga ros yang cantik sebagai perintis kosmetik halal di Indonesia.
"Pada masa itu, pasaran masih sangat khusus tetapi kami percaya ia sesuai dengan nilai yang ada pada kami dan akan membawa impak lebih baik.
"Kami membina kesedaran dan kepercayaan untuk jenama Wardah di kalangan wanita dari awal tanpa sokongan nama besar. Kami melakukan pendekatan ‘door to door’ kepada pelanggan, namun tidak banyak penerimaan pada kali pertama,” katanya.
Ujarnya, pasukan penyelidik mereka adalah terbesar di Indonesia selain sedang giat melakukan penyelidikan untuk pembangunan sedia ada dan akan datang.
Penyelidikan dijalankan dengan semangat sains, teknologi, dan budaya termasuk melakukan penyelidikan mengenai masyarakat Indonesia dari Aceh hingga Papua untuk mencipta produk yang paling sesuai untuk keperluan pengguna.
"Dengan kemampuan pasukan penyelidikan dan inovasi kami, PT Paragon kini mempunyai lebih daripada 1,600 simpanan stok (SKU) produk,” jelasnya.
Menurut Dr. Sari Chairunnisa, industri kecantikan bergerak pantas di mana trendnya sentiasa berubah di samping peluang pasaran yang pelbagai.
"Salah satu cabaran kami adalah untuk sentiasa ‘up to date’ dan relevan dengan pasaran selain perlu terus berinovasi dan mencipta trend berprestasi tinggi dengan harga yang kompetitif.
"PT Paragon tidak akan berhenti berinovasi untuk membawa lebih banyak jenama menarik dan produk berkualiti lebih baik untuk memenangi pasaran,” tambahnya.
"Kami optimis dan bersemangat untuk menyebarkan lebih banyak manfaat kepada wanita Malaysia dan meninggalkan impak yang mendalam.
"Dua tahun kebelakangan ini juga menjadi era kepelbagaian terpesat bagi PT Paragon di mana kami telah berjaya melancarkan tujuh jenama baharu iaitu Kahf, Labore, Biodef, Tavi, OMG, Wonderly dan Beyondly,” ujarnya.
Dr. Sari Chairunnisa juga merancang untuk memperluaskan lagi produk Wardah supaya mudah diperoleh di Indonesia dan Malaysia selain memasarkan produk baharu lain ke pasaran di negara ini.
"Kami ingin membawa masuk produk jenama PT Paragon ke beberapa negara Asia Tenggara lain,” jelas beliau.
PRODUK WARDAH
Kategori penjagaan kulit
-Lightening, Perfect Bright dan C-Defence untuk kulit cerah dan tidak kusam.
- Crystal Secret untuk kulit cerah dan sihat.
- Acnederm untuk kulit berjerawat.
- Hydra Rose untuk kulit sihat dan lembap.
- Crystallure untuk kulit cerah dan matang.
- Renew You untuk kulit sihat dan mencegah tanda-tanda awal penuaan.
Kategori kosmetik
Exclusive, Everyday, Colorfit, Lightening dan Eye Xpert untuk wajah, bibir dan mata.
PROFIL
Nama: Dr Sari Chairunnisa Sp.KK
Umur: 39 tahun
Syarikat: PT Paragon Technology and Innovation
Hubungi kami:
Facebook:https://www.facebook.com/wardahbeauty.my
Instagram: https://www.instagram.com/wardahbeauty_my/
Laman web: https://www.pharmacore-innovation.com