Jokowi kecam perilaku cemar institusi pentadbiran awam

Iklan
Jokowi. - Foto AFP

JAKARTA - Presiden Joko Widodo mengecam perilaku buruk dalam kalangan pegawai kerajaan dan memandang serius insiden yang menimbulkan rasa kurang senang rakyat baru-baru ini.

Joko Widodo yang dikenali sebagai Jokowi memahami kekecewaan rakyat yang menganggap mutu perkhidmatan awam belum baik, sebaliknya kakitangan kerajaan bertingkah laku angkuh dan hedonis.

Iklan
Iklan

"Hati-hati, tidak hanya urusan cukai dan kastam, perkhidmatan polis dan penguatkuasaan undang-undang lain juga yang berkaitan dengan birokrasi,” katanya di Istana Negara dalam satu kenyataan.

Minggu lepas, pegawai tinggi di agensi kerajaaan dipecat ekoran insiden mencederakan seorang individu di Jakarta Selatan oleh anak lelakinya yang sering mempamerkan harta di media sosial.

Iklan

Menurut pejabat Sekretariat Presiden, Jokowi mahu reformasi birokrasi diteruskan serta mengarahkan seluruh menteri dan ketua jabatan mendisiplinkan bawahan.

"Perlu ditekankan kepada bawahan kita, jangan pamer kekuasaan dan kekayaan, apatah lagi sampai dimuat naik di Instagram dan media sosial lain,” katanya.

Iklan

Polis, Pejabat Peguam Negara dan agensi penguatkuasaan undang-undang diarah melakukan reformasi dalaman sebelum menguatkuasakan undang-undang terhadap pegawai kerajaan yang lain. - Bernama