PETALING JAYA - Pemandu unit kenderaan peronda (MPV) disaman setelah didapati memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dalam kejadian di Jalan PJS 3/9 pada Selasa.
Kejadian yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan itu yang kemudiannya tular menerusi media sosial mendapati kenderaan milik PDRM tersebut dilihat membelok secara tiba-tiba sebelum dilanggar Perodua Myvi tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima berkaitan kejadian kira-kira jam 12.18 tengah hari.
"Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar sebelah sisi kanan Honda Civic tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Saman kemudiannya dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan PDRM tersebut atas kecuaiannya ketika memandu.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna lain," katanya.
Pada Jumaat, tular sebuah kenderaan PDRM yang membelok secara tiba-tiba sebelum dilanggar Perodua Myvi.