Laluan rahsia ditemui di Piramid Besar Mesir

Iklan
Koridor dengan siling berbentuk tiga segi itu ditemui di bahagian utara Piramid Besar Firaun Khufu. - Foto Agensi

KAHERAH - Saintis telah menemui 'laluan tersembunyi' di dalam Piramid Besar Mesir, menurut pihak berkuasa pada Khamis.

Kementerian Antikuiti memaklumkan 'koridor' itu berukuran sepanjang sembilan meter dan selebar dua meter di struktur purba tersebut yang berusia kira-kira 4,500 tahun.

Iklan
Iklan

"Tapak purba di Giza itu turut dikenali sebagai Piramid Khufu. Koridor dengan siling berbentuk tiga segi itu ditemui di bahagian utara Piramid Besar Firaun Khufu," kata jurucakap Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Ahmed Issa.

"Ia berjaya ditemui menggunakan teknologi canggih tanpa perlu melakukan kerja penggalian. Teknologi tersebut adalah gabungan termografi inframerah, pengimejan radiografi muon dan pembinaan semula tiga dimensi (3D)," jelas ahli arkeologi, Zahi Hawass. - Agensi

Iklan
Iklan