WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika

Iklan
Aksi Hafizh Syahrin pada sesi latihan bebas Pusingan 2 WSBK di Litar Mandalika pada Jumaat. - Foto Bernama

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah menunjukkan peningkatan prestasi pada sesi latihan bebas Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia pada Jumaat.

Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat (s) pada sesi latihan bebas pertama yang menyaksikan pelumba Aruba.it Racing - Ducati, Michael Ruben Rinaldi menguasai sesi dengan 1'34.613s.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, Hafizh Syahrin dijadualkan menyertai sesi latihan bebas ketiga sebelum meneruskan saingan Superpole dan Perlumbaan 1 di litar kegemarannya itu.

Pada pusingan pembuka tirai 2023 di Litar Phillip Island, Australia minggu lalu, Hafizh Syahrin tidak pulang tangan kosong apabila meraih satu mata selepas melengkapkan Perlumbaan 1 di tempat ke-15.

Iklan

Seorang lagi wakil negara yang menyertai kelas WorldSSP bersama pasukan PETRONAS MIE MS Racing HONDA Team, Adam Norrodin terkeluar daripada syarat catatan masa ditetapkan pada sesi latihan bebas pertama.

Adam yang membuat penampilan sulung di pentas WSBK mencatat 1'47.557s, sekali gus berada dalam senarai lima pelumba yang di bawah syarat catatan ditetapkan (105 peratus daripada catatan dilakukan pelumba di tempat pertama), 1'44.391s.

Iklan