Berjasa sedia kerjasama dengan PN

Iklan
Zulkifli Yahya

SHAH ALAM – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperjuangkan Malaysia ke arah lebih baik dan membangunkan negara unggul serta bermaruah.

Setiausaha Agungnya, Zulkifli Yahya berkata, pendirian parti itu konsisten sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi dan akan kekal selagi tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti serta etika politik matang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, politik tanah air menampakkan perjalanan cerita yang menarik pasca PRU15 apabila berkemungkinan akan adanya kerjasama baharu untuk membentuk satu pakatan politik.

"Ini susulan dengan keputusan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bertindak keluar dari pakatan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Pada Khamis, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PN, Datuk Seri Takiyuddin dilaporkan berkata, ada dua permohonan daripada parti yang hendak menyertai PN iaitu Pejuang dan Berjasa.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh mesyuarat masih belum diketahui bagi memutuskan mana-mana parti yang memohon menyertai pakatan itu.

Iklan

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, semestinya pembentukan kerjasama baharu itu amat dinantikan oleh pemerhati politik tanah air memandangkan suhu politik tanah air akan kembali panas apabila tibanya pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau juga menyambut baik kenyataan balas Takiyuddin yang dianggapnya sebagai positif ke arah peluang menerima dua parti itu dalam PN.