Keputusan Firmino tinggalkan Liverpool tepat

Iklan
FIRMINO

JAMIE Carragher percaya keputusan Roberto Firmino untuk meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini adalah sesuatu yang baik untuk semua pihak.

Media antarabangsa pada Jumaat melaporkan bahawa penyerang Brazil itu akan meninggalkan The Reds apabila kontraknya tamat pada 30 Jun depan.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 31 tahun itu adalah antara pemain yang sangat popular di Anfield apabila menjaringkan 107 gol dan 70 bantuan gol dalam 353 penampilan untuk The Reds selepas berpindah dari Hoffenheim pada 2015.

Firmino telah membantu Liverpool menambah koleksi trofi semasa berada di Merseyside dengan menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA.

Iklan

Gabungannya bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane telah membentu trio penyerang yang begitu hebat selain keupayaan Firmino mencipta dan menjaringkan gol membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp menjadi pasukan yang digeruni.

Bagaimanapun, Firmino mengharungi masalah kecederaan berpanjangan pada musim lepas serta musim ini dan Carragher berpendapat sudah tiba masanya buat pemain itu memikirkan haluan baharu.

Iklan

"Dia pemain Liverpool yang hebat dan akan diingati kerana menjadi sebahagian daripada tiga penyerang terbaik yang pernah Liverpool miliki," katanya.