Hujan cecah 100mm antara punca banjir di Melaka

Iklan
Penduduk Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai Hamidah Yusak, 63, meredah banjir untuk menyelamatkan barangan berharga di rumahnya. Foto: Bernama

MELAKA - Hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari menjadi antara punca bencana banjir di Melaka terutama di Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, bacaan tersebut diukur di beberapa stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri berkenaan pada Rabu lepas.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun kebanyakan paras air sungai di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, ketika ini, air laut pasang namun tidak tinggi dan tidak menghalang air banjir turun secara beransur-ansur ke laut.

Jabatan Meteorologi pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Melaka sehingga esok.

Iklan

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga pada jam 8 pagi ini berbanding 204 orang daripada 50 mangsa pada 8 malam tadi. - Bernama