MOSCOW - Hasil yang diperoleh Twitter pada Disember 2022 menurun kira-kira 40 peratus berbanding Disember 2021, selepas pengiklan enggan bekerjasama dengan rangkaian sosial itu, lapor Sputnik.
The Wall Street Journal melaporkan pada Sabtu yang memetik sumber, keengganan pengiklan itu mempunyai kaitan dengan pemerolehan rangkaian sosial itu oleh SpaceX dan pemilik Tesla, Elon Musk.
Iklan
Iklan
Pada akhir Oktober, Musk memuktamadkan pemerolehan AS$44 bilion Twitter, sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan pada 2006 dan beribu pejabat di San Francisco, California.
Berikutan pengambilalihan itu, Musk melaksanakan pembaharuan dalam aspek operasi harian syarikat termasuk pemberhentian eksekutif yang bertanggungjawab ke atas privasi, keselamatan siber dan penapisan serta kira-kira dua pertiga daripada pekerja Twitter. - Bernama