NGO gesa SPRM siasat pegawai kerajaan terlibat rasuah, salahguna kuasa

Iklan
Mohd Nor Hafirul Ikhram (dua dari kiri) bersama ahli pertubuhan itu selepas membuat laporan dakwaan salah guna kuasa membabitkan pegawai tinggi kerajaan di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

KUANTAN - Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menyiasat seorang pegawai tinggi kerajaan yang dipercayai terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah berhubung pembalakan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi pertubuhan itu, Mohd Nor Hafirul Ikhram Abd Hair,35, berkata, laporan tersebut dibuat selepas melihat pendedahan yang tular menerusi artikel dari sebuah blog membabitkan rasuah balak membabitkan pegawai terbabit dari Jabatan Perhutanan Negeri, tiga hari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, blog itu mendakwa pegawai berkenaan telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam menerima rasuah pasukan pelobi.

"Blog itu juga menyatakan pegawai tinggi kerajaan itu mengambil rasuah daripada pelobi kontraktor pembalakan untuk melindungi aktiviti rangkaian pembalakan haram dan monopoli konsesi balak.

Iklan

"Laporan blog itu juga mendakwa pegawai terbabit juga didakwa mengamalkan cara hidup mewah dan memiliki harta di luar kemampuan gaji penjawat awam biasa hasil dari aktiviti haram.

"Jadi, kami minta SPRM menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dilakukan pegawai tinggi kerajaan itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lobi SPRM, hari ini.

Iklan

Turut hadir, pengerusi pertubuhan itu, Haslihelmy Zulhasli dan ahlinya.

Mohd Nor Hafirul Ikhram berkata, kebaikan rakyat dan menyekat kroni, laporan ini dibuat bagi membolehkan SPRM memulakan siasatan.

Jelasnya, ini bagi menyelamatkan keadaan dan memecahkan spekulasi dan menghindari persepsi negatif rakyat di negeri ini terhadap pegawai kanan terbabit.

"Jika dakwaan itu tidak berasas, pegawai berkenaan harus serah diri kepada SPRM untuk diambil kenyataan dan menyangkal tuduhan ini.

"Beliau (pegawai berkenaan) boleh juga bertindak menyaman penulis blog itu demi menjaga integriti serta imej jabatan perhutanan itu sendiri yang dikaitkan,” katanya.