Wujudkan Akta Anti Scam banteras jenayah penipuan

Iklan
Hishamuddin (tiga dari kanan) ketika sidang akhbar di perkarangan IPD Sentul pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran agar memperkenalkan undang-undang yang lebih tegas bagi memastikan jenayah penipuan tidak berakar umbi di negara ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sudah tiba masanya undang-undang khusus misalnya Akta Anti Scam bagi memastikan jenayah penipuan termasuk melibatkan penipuan siber dibanteras sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Perlunya satu Akta Anti Scam yang memperuntukkan hukuman berat termasuk penjara dalam tempoh yang lama serta hukuman sebatan bagi memastikan penjenayah yang terlibat ini menerima hukuman setimpal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama mangsa sindiket penipuan pelaburan di perkarangan IPD Sentul pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, akta sedia ada yang diperuntukkan dilihat kurang berkesan dan tidak menggentarkan para pelaku ini.

"Kita lihat Seksyen 415 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang digunakan bagi jenayah penipuan tidak berkesan, malah 'scammer' seakan tidak takut dan berani untuk menipu mangsa demi mengaut lebih banyak wang.

Iklan

"Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 misalnya sudah ada bagi membanteras penyeludupan manusia jadi satu undang-undang yang lebih tegas perlu diwujudkan bagi menangani jenayah penipuan secara menyeluruh," ujarnya.

Beliau berkata, scammer ini bertindak bijak dengan menggunakan peluang yang ada dan bertindak sewenangnya menipu mangsa.

"Masalah utama adalah kepada mangsa penipuan kerana scammer menggunakan kelompongan undang-undang tertentu untuk melakukan jenayah penipuan.

"Jadi bagi mengelakkan ia terus menerus berlaku, sesuatu perlu dilakukan dan tindakan lebih tegas perlu diambil bagi memastikan jenayah penipuan dibanteras sepenuhnya," katanya.