PELUMBA berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di tempat ke-16 di Litar Mandalika, Indonesia pada Sabtu.
Hafizh Syahrin yang berlumba untuk Petronas MIE Racing Honda Team memulakan perlumbaan di petak ke-19 daripada 20 pelumba.
Iklan
Iklan
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista yang mengunakan jentera Ducati dengan catatan 32'44.093s.
Tempat kedua menjadi milik pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Toprak Razgatlioglu dari Türkiye ketinggalan 4.809s diikuti rakan sepasukannya dari Itali, Andrea Locatelli ketiga.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara dalam Kelas WorldSSP, Adam Norrodin mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu dengan berada dalam kelompok 15 terbaik.
Pelumba Petronas MIE MS Racing Honda Team itu mengakhir perlumbaan di tempat ke-15 dengan catatan 1'16.156s dibelakang pemenang Can Oncu daripada Kawasaki Puccetti Racing ( 28'56.637s.)
Artikel Berkaitan