Daerah Kulai kembali dilanda banjir

Iklan
Anggota polis melakukan pemantauan di bandar Kota Tinggi pada Sabtu yang terjejas teruk akibat banjir.

JOHOR BAHRU - Daerah Kulai kembali dilandar banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada jam 4 petang Sabtu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, seramai 48 mangsa banjir daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mereka merupakan mangsa banjir dari Kampung Sungai Siam, Kampung Sungai Besoi dan Kampung Murni Jaya.

"Perkembangan ini menjadikan 10 daerah di Johor terjejas akibat banjir melibatkan Segamat; Batu Pahat; Kluang; Muar; Kota Tinggi; Tangkak; Mersing, Johor Bahru, Pontian dan terbaharu Kulai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberitahu, keadaan itu menjadikan jumlah terkini mangsa banjir 42,704 orang daripada 12,408 keluarga di 252 PPS.

Katanya, jumlah berkenaan meningkat berbanding 39,476 orang daripada 11,463 keluarga di 247 PPS yang direkodkan pada jam 4 petang.

Iklan