Aksi Kelantan United tidak capai kehendak Trucha

Iklan
Aksi Liga Super 2023 antara Kelantan United dan Perak FC pada Sabtu. - Photo KUFC (Gambar kecil: Trucha)

AKSI Kelantan United FC ketika perlawanan menentang Perak FC pada Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini pada petang Sabtu tidak mencapai kehendak pengendali Sang Kijang Hijau.

Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha mengakui perkara itu dan mengharapkan anak buahnya menukar momentum permainan selepas tiga pemain dari bangku simpanan iaitu Nik Azli Alias (26), Ernist Batyrkanov (9) dan Royizzat Daud (16) dibawa masuk pada separuh masa kedua.

Iklan
Iklan

"Saya mahukan pemain melakukan lebih banyak serangan dan bukannya permainan sederhana atau straightforward.

"Tujuan saya menukar mereka ini supaya aksi dapat dipertingkatkan dengan lebih baik namun mereka tidak seperti yang diharapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan yang mengikat kedua-dua pasukan tanpa sebarang gol.

Iklan

Menurut beliau, kesemua pemain berpotensi menjaringkan gol selepas minit ke-78 kerana berjaya mencipta beberapa peluang, namun mereka gagal mendapatkan penyudah yang cemerlang bagi meraih kemenangan.

"Pada masa sama pemain dapat mengekalkan benteng pertahanan dan sepatutnya mereka manfaatkan peluang ketika lawan semakin kepenatan,” katanya.

Iklan

Trucha menambah akan bekerja lebih keras bagi meraih tiga mata pada perlawanan seterusnya termasuk melibatkan persiapan mental dan meningkatkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemainnya.

Kelantan United memulakan aksi pada musim ini dengan kekalahan 1-0 kepada Selangor FC sebelum dibenam 3-1 oleh Sabah FC.