City yakin mampu potong Arsenal

Iklan
Pemain City meraikan gol ketika menentang Newcastle. - Foto AFP

PEP Guardiola percaya pasukannya melepasi halangan penting selepas kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkan Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal.

Gol daripada Phil Foden dan Bernardo Silva menyaksikan City terus menghidupkan peluang untuk menjuarai saingan EPL musim ini.

Iklan
Iklan

"Sebelum perlawanan, ia adalah 'bye', kini kami ucapkan 'hello'. Banyak perkara akan berlaku.

"Hari ini adalah perlawanan penting, dan esok (hari ini) kami akan duduk di hadapan televisyen untuk menonton Anfield (Liverpool menentang United). Itulah yang akan kami lakukan," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Guardiola mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras apabila Newcastle memberikan tekanan pada separuh masa kedua.

"Mereka mempunyai pemain tengah bertahan yang luar biasa. Mereka berada di final Piala Liga seminggu yang lalu. Ia adalah keputusan yang luar biasa untuk kami, kerana ia adalah permainan yang sukar," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Silva melihat tiada yang mustahil untuk City menjuarai liga musim ini walaupun sedar kewibawaan yang dipamerkan Arsenal.

"Saya lebih suka menjadi yang pertama (juara). Ia lebih baik (daripada yang kedua).

"Arsenal berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada kami, tetapi kami akan cuba mengawal apa yang kami mampu," katanya.