KKM pantau penyakit bawaan air pasca banjir - Dr Zaliha

Iklan
Dr Zaliha

MELAKA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, dua penyakit tersebut sering berlaku terutama selepas banjir melanda sesuatu kawasan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 bertemakan Invest in Nursing: Then, Now and What's to Come di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengerusi NPG, Prof Zahrah Saad dan Pengarah Kejururawatan KKM, SM Devi.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, KKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika berlaku banjir terutama dalam menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, antara perkara dilakukan termasuklah melaksanakan aktiviti semburan untuk mengelak penyakit berjangkit selain membuka klinik bergerak sebagai rawatan segera kepada mangsa banjir yang sakit.

Iklan

Katanya, KKM juga masih melakukan saringan Covid-19 kepada mangsa banjir yang berpindah ke PPS.

Keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71). - Bernama