KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa and Betong) sehingga esok.
MetMalaysia juga pada 10.35 pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, juga sehingga esok.