VOM Tech sedia empat perancangan untuk visi lima tahun akan datang

Iklan
Mohammad Ohidul Islam (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.

SHAH ALAM - VOM Tech berhasrat untuk memastikan kesamarataan antara syarikat sekuriti teknologi maklumat (IT) dengan syarikat penyiaran tempatan dan antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif VOM Media (M) Sdn Bhd, Mohammad Ohidul Dr. Nurul Islam berkata, untuk mencapai hasrat tersebut syarikat penyiaran, keselamatan IT dan media itu mempunyai beberapa pelan yang masih dalam perancangan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antaranya termasuk mengembangkan fasiliti inovasi, meneruskan fokus membentuk dan memperluaskan sistem baharu serta nilai tambah bagi setiap servis.

"Kami memanfaatkan rangkaian jualan antarabangsa untuk mencari peluang perniagaan rentas sempadan, menembusi pasaran baharu dan meneroka peluang pelaburan melalui pemerolehan, pelaburan, pakatan strategik dan usaha sama dengan rakan kongsi yang sesuai dalam tempoh lima tahun.

Iklan

"Kami akan turut meneroka peluang untuk mengembangkan operasi pembuatan ke negara lain yang akan memberikan kelebihan daya saing terutamanya dari segi memenuhi keperluan pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohammad Ohidul Islam menjelaskan, VOM Tech sentiasa memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan menepati kehendak pelanggan bagi memudahkan operasi perniagaan mereka.

Iklan

Ujar CEO muda berusia 33 tahun itu, tawaran berkenaan adalah selaras dengan moto syarikat iaitu memudahkan urusan kerja pelanggan dan dalam masa sama berusaha untuk mendidik mereka.

"VOM Tech akan menguruskan 100 peratus urusan perniagaan menerusi platform dalam talian untuk mencapai kehendak pelanggan, yang akan sentiasa dikemas kini dengan lebih teliti bagi memastikan semua keperluan pelanggan dipermudahkan.

"Dengan penilaian yang baik daripada pelanggan yang berpuas hati terhadap perkhidmatan kami, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pangkalan data dan keyakinan pelanggan dan mendapat kepercayaan mereka untuk terus menggunakan khidmat VOM Tech.

"Pengalaman dalam dunia kewartawanan juga memberi peluang kepada saya untuk mengenali beberapa individu yang berpengaruh.

"Kesempatan itu saya gunakan untuk mengekalkan dan meletakkan perniagaan saya pada landasan yang betul, selaras dengan kehendak pelanggan dan memenuhi pasaran perniagaan di Malaysia,” jelasnya.

Jelasnya lagi, keputusan untuk menubuhkan VOM Tech di Malaysia adalah disebabkan lokasinya yang ideal untuk beroperasi sebagai ibu pejabat serantau, selain kedudukannya terletak di tengah-tengah Asia Tenggara.

Tambahnya, lokasi Malaysia yang strategik iaitu berdekatan dengan banyak pasaran Asia terkemuka seperti Singapura, Vietnam, Thailand, China dan India menjadi antara faktor yang mengukuhkan keputusannya.

"Negara ini menjadi pilihan terbaik memandangkan kosnya yang rendah, terutamanya bagi kos infrastruktur, persekitaran perniagaan yang kondusif dan tahap integrasi global yang tinggi.

"Keadaan pasaran buruh di Malaysia sangat menggalakkan. Kos buruh di sini secara relatifnya rendah manakala tahap produktiviti kekal tinggi berbanding dengan negara perindustrian.

"Celik huruf asas dalam kalangan tenaga kerja juga tinggi, selain tenaga kerjanya terdiri dalam kalangan orang muda yang boleh dilatih,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Ohidul Islam memberitahu, penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh kebanyakan penduduk Malaysia merupakan antara faktor yang menyebabkan beliau memilih untuk membuka perniagaannya di negara itu.

"Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua Malaysia dan dituturkan oleh 70 peratus penduduk. Keadaan ini memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan pekerja, pelanggan dan pembekal tempatan,” ujar beliau.

Sedia latihan pendidikan

VOM Tech turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat baharu iaitu OWLMY Studios dengan tujuan untuk menyediakan pendidikan secara langsung dan berterusan bagi mereka yang memerlukan bimbingan perniagaan.

Katanya, hasil kerjasama itu, beliau mendapat banyak pesanan perkhidmatan sebagai panduan perniagaan.

"Pada masa sama, saya juga melatih graduan universiti untuk menimba pengalaman bekerja dan memberi pendedahan dari segi perspektif penyiaran.

"Saya berharap ia dapat digunakan oleh mereka untuk meningkatkan jualan perniagaan melalui penyiaran, perisian dan media massa,” jelasnya.

Meskipun kebanyakan peniaga berdepan dengan kerugian sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara pada 2020, namun tidak bagi syarikat VOM Tech.

Kongsinya, pendapatan syarikat mengalami peningkatan sebanyak tiga kali ganda semasa penularan wabak tersebut.

"Ini kerana, semasa pandemik Covid-19, ramai usahawan baharu memerlukan perkhidmatan untuk menghasilkan logo, laman web dan sebagainya.

"Dengan prestasi penilaian yang baik daripada pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat kami, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan pangkalan data dan mendapat kepercayaan pelanggan untuk kekal menggunakan perkhidmatan kami,” ujarnya.

Bagi beliau, fokusnya kini adalah untuk merangka strategi bagi memastikan syarikat yang dibinanya kekal berdaya maju.

Katanya, pada masa kini, terdapat banyak pilihan ditawarkan oleh pelbagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang hampir sama dengan syarikat miliknya.

"Oleh itu, saya sentiasa memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan menepati kehendak pelanggan selaras dengan moto syarikat, memudahkan kerja dan mendidik pelanggan,” ujar beliau.

PROFIL

Nama: Mohammad Ohidul Dr. Nurul Islam

Umur: 33 tahun

Syarikat: VOM Media (M) Sdn Bhd

Hubungi kami:

- Nombor telefon: +60321816624

- Laman web: ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

http://www.vomtech.com.my