Selangor FC, BTL jalin kerjasama

Iklan
Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan pertukaran Memorandum Pesefahaman di antara FAS diwakili oleh Johan (dua dari kanan) dengan BTL diwakili Megaswari (dua dari kiri) di UOA Business Park, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam pada Ahad. - Foto Bernama

KELAB bola sepak Selangor FC menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat pengeluar peralatan perubatan dan estetik dunia, BTL Industries, dalam usaha menyediakan fasiliti pemulihan fizikal terutama dalam kalangan pemain Selangor.

Majlis menandatangani memorandum kerjasama itu disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Selangor FC di pejabat terbaharu BTL Industries Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Temasya di Shah Alam pada Ahad.

Iklan
Iklan

Dokumen kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Pengarah BTL Malaysia Sdn Bhd, M Mageswari.

Dalam pada itu, Mageswari berkata, pihaknya bertindak sebagai penyedia kelengkapan dan mesin fisioterapi berteknologi tinggi dari Eropah yang dijangka boleh meningkatkan kadar pemulihan kecederaan pemain sehingga 40 peratus.

Iklan

"Selangor FC mempunyai klinik fisioterapi (Red Giants Physio Clinic) sendiri, oleh itu kami akan menjadi penyedia untuk kelengkapan perubatan tersebut seperti mesin rawatan laser, radioterapi dan lain-lain.

"Selain itu, kami juga memberikan khidmat nasihat doktor dan pengamal perubatan di klinik tersebut tentang tatacara penggunaan mesin tersebut," katanya.

Iklan

Katanya, kerjasama dengan pasukan bola sepak berkenaan akan berlangsung selama dua tahun bermula musim ini.

Red Giants Physio Clinic (RGPC) yang terletak bersebelahan dengan pusat latihan Selangor FC ditubuhkan pada 2021 sebagai pusat pemulihan sukan, pasca operasi, pengurusan kesakitan dan pusat fisioterapi.

Selain menjadi pusat pemulihan pemain Selangor FC, klinik dikendalikan sepenuhnya oleh kelab itu turut dibuka kepada orang ramai. - Bernama