Bulan puasa belum tiba, ramai sudah buat persiapan raya

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Bernama.

SEMALAM, Merak Jalanan membawa keluarga membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal jatuh pada penghujung April depan.

Bukan apa, Merak Jalanan tak sanggup nak membeli-belah dalam keadaan bersempit-sempit pada bulan Ramadan nanti. Jadi, rasanya sekarang inilah waktu yang sesuai untuk memilih baju raya mana berkenan di mata.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan ingatkan pada waktu ini tidak ramai orang datang ke Nilai 3. Maklum sahajalah, raya lambat lagi, bulan puasa pun belum masuk. Sudah tentu tidak ramai ada keinginan buat persiapan raya.

Rupa-rupanya sangkaan Merak Jalanan silap. Nilai 3 termasuk di bahagian baju wanita dan tudung ramai penuh dengan pelanggan. Nak cari parkir kereta pun terpaksa pusing dua, tiga kali.

Iklan

Merak Jalanan sempat bertanya seorang pelanggan lelaki yang datang bersama satu keluarga membeli-belah. Dia pun beri alasan sama, tak mahu bersesak waktu Ramadan nanti.

Katanya, tak sanggup nak membeli persiapan raya ketika sedang berpuasa. Lagipun kaum-kaum isteri biasa akan mengambil masa lama untuk memilih baju, karpet atau langsir.

Lebih menguntungkan, katanya, harga sebelum Ramadan biasanya lebih murah berbanding membeli pada saat-saat akhir menjelang hari raya. Anak-anak pun tidak penat dan boleh berhenti makan minum jika penat.

Iklan

Merak Jalanan setuju dengan pendapat itu. Bak kata orang, ‘beli awal tak kalut’.

Cuma, ketika membeli-belah waktu sekarang ini, mungkin agak ‘berhantu’.

Contohnya, niat asal Merak Jalanan nak beli tiga pakaian untuk keluarga sahaja, tetapi yang dibawa pulang ialah sembilan helai pakaian, karpet, bantal, cadar dan baju tidur anak.

Masa ini baru terfikir, baik juga kalau bersesak-sesak membeli-belah pada bulan puasa. Masa itu mungkin ‘kurang selera’ nak membeli banyak-banyak.