Toblerone tidak lagi guna imej gunung Matterhorn pada bungkusan

Iklan
Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn pada bungkusan produk itu. - Foto 123RF

WASHINGTON - Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.

Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu, pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).

Iklan
Iklan

Imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.

"Reka bentuk baharu pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga," menurut seorang jurucakap Mondelez.

Iklan

Pembungkusan baharu akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone, lapor BBC.

Menurut The Guardian, pada 2017 Switzerland meluluskan undang-undang yang menyekat penggunaan simbol nasional pada makanan dan pembungkusan industri.

Iklan

Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahan mentah sesuatu produk mesti diperolehi dari negara tersebut agar produk itu boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland. - Bernama