Fandi akui Selangor bukan biasa-biasa

Iklan
Tonggak import Sri Pahang dari Liberia, Kpah Sherman ketika aksi berdepan Selangor FC di Petaling Jaya pada Ahad. -Foto Sri Pahang

PENGENDALI Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui Selangor merupakan pasukan yang baik terutamanya bahagian tengah menyebabkan Tok Gajah terpaksa melakukan perubahan taktikal berbanding dua perlawanan sebelum ini.

Pada kebiasaannya jelas Fandi, Tok Gajah menggunakan formasi 352, 532 atau 433, namun 532 berdepan Selangor.

Iklan
Iklan

"Kita cuba tutup ruangan di bahagian sayap yang merupakan satu kelebihan dimiliki pasukan Selangor dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Cuma pemain Pahang agak perlahan untuk menyokong serangan apabila hanya dua tiga pemain pada separuh masa pertama, namun pada babak kedua jauh lebih baik apabila tiga hingga empat pemain membantu serangan.

Iklan

"Ya, memang susah hendak berdepan lawan seperti Selangor, jadi kita harus matikan sayap-sayap mereka," katanya.

Pada perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Stefano Brundo terlebih dulu meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-74, sebelum jaringan bintang Selangor, Brendan Gan pada minit ke-88 untuk kedudukan 1-1, sekaligus memaksa dua gergasi Liga Malaysia (Liga) itu masing-masing berkongsi satu mata.

Iklan

Pada masa sama Fandi menegaskan sememangnya misi meraih keputusan positif menjadi misi pasukan pelawat apabila berkunjung ke Petaling Jaya.

"Ya, matlamat kita sememangnya mahu raih tiga mata atau sekurang-kurangnya satu mata dan misi tersebut tercapai di laman lawan.

"Hasrat itu tercapai apabila para pemain tampil dengan tahap disiplin tinggi berbanding dua perlawanan sebelum ini.

"Biarpun saya akui sedikit terkilan dengan keputusan ini, namun itulah bola sepak dan kita harus bersyukur apabila mendapat yang terbaik dalam perlawanan ini.

"Para pemain Selangor pula tidak berputus asa apabila bermain sehabis baik sehingga wisel penamat. Tahniah Selangor," katanya.