[VIDEO] Banjir: Terpaksa berpantang di PPS

Iklan
Keadaan rumah yang dilanda banjir di Kampung Parit Haji Yusof pada Isnin.

BATU PAHAT - Seorang wanita terpaksa berpantang di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Dalam Ayer Hitam di sini, selepas rumahnya di Kampung Parit Samion ditenggelami banjir.

Shafiza Samad, 27 yang berpantang hari ke-21 selepas melahirkan anak ketiganya terpaksa ke PPS pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suaminya, Yazid Mohammad, 34, terpaksa mendukungnya untuk menaiki kereta kerana rumah sudah mula dinaiki air banjir.

"Anak berusia enam dan dua tahun turut dibawa berpindah ke PPS yang terletak tiga kilometer dari rumah kami.

Iklan

"Cuaca sejuk menyebabkan bayi Nur Fatimah Aliya, demam dan sesak nafas sehingga terpaksa di bawa ke Hospital Batu Pahat," katanya.

Suri rumah itu berkata, sepanjang berada di PPS, ibunya, Kalsom Putih, 62, menjaganya selain dipantau jururawat di PPS.

Iklan

"Kelahiran anak bongsu menjadi sejarah buat kami sekeluarga apabila terpaksa berpantang di PPS," katanya.

Tambahnya lagi, banjir yang berlaku kali ini agak teruk sehingga menenggelamkan sebahagian rumahnya.

"Kali terakhir banjir besar berlaku di sini pada tahun 2006, kali ini saya diberitahu air mencecah paras pinggang dan banyak barang tidak dapat diselamatkan.

"Saya cuma berharap agar anak ketiga cepat sihat dan banjir segera pulih untuk kami sekeluarga pulang ke rumah," katanya.

Keadaan rumah yang dilanda banjir di Kampung Parit Haji Yusof pada Isnin.


Cuaca cerah beri harapan kepada penduduk untuk pulang ke rumah

BATU PAHAT - Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok, Parit Yaani di sini berharap cuaca cerah pada Isnin akan membantu banjir pulih.

Penduduk Kampung Parit Andin, Nor Hashim Sarip 46 berkata sudah hampir seminggu cuaca mendung dan hujan, menyebabkan penduduk tidak dapat pulang kerana rumah masih ditenggelami air.

"Saya dan keluarga berpindah ke PPS pada Rabu lalu. Hari ini, sudah hari ke enam kami tinggal di PPS. Alhamdulillah hari ini cerah, dan saya dapat pulang untuk melihat keadaan rumah.

"Banyak barang rumah yang rosak, habis semuanya. Banjir kali ini amat dahsyat, ada rumah penduduk yang ditenggelami banjir sehingga nampak bumbung sahaja,"katanya yang bekerja kilang.

Penduduk Kampung Parit Haji Yusof, Natiron Sakoni, 73 pula bimbang dengan keadaan rumahnya yang ditinggalkan selama beberapa hari disebabkan banjir.

Pesara itu memberitahu, banjir besar pernah berlaku sebelum ini pada tahun 2006 lalu.

Bagi pekebun, Masrizan Bohari, 46 pula memberitahu kerajaan perlu mengambil serius isu perparitan dan dua sungai berdekatan kampung bagi mengelak kejadian besar berulang.

"Terdapat dua iaitu Sungai Simpang Kiri dan Sungai Bekok di hujung kampung. Ditambah dengan hujan lebat menyebabkan banjir kali ini berlaku agak teruk.

"Penduduk menanggung kerugian besar kerana banyak barang di rumah yang rosak akibat banjir," katanya.

Sementara itu tinjauan dilakukan di Kampung Parit Haji Yusof, mendapati penduduk menaiki bot untuk melihat keadaan rumah mereka.

Batu Pahat merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir di Johor iaitu seramai 21,020 orang ditempatkan 73 PPS seluruh daerah setakat jam 12 tengah hari pada Isnin.


BERITA SEMASA 6 MAC 2023

Seorang wanita terpaksa berpantang di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Kota Dalam, Ayer Hitam, Johor, selepas rumah di Kampung Parit Samion ditenggelami banjir, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Shafiza Samad, 27, yang berpantang hari ke-21 selepas melahirkan anak ketiganya, terpaksa ke PPS pada Selasa lalu angkara bah besar.

Beberapa daerah di Johor mengalami banjir teruk sejak minggu lalu menyebabkan ratusan mangsa terpaksa berpindah di PPS demi keselamatan.

Artikel: https://bit.ly/3yb3WEN

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#sinarharian #beritasemasa" />