WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak akan menjalani ujian kecekapan mental dan menganggap idea agar ahli politik berusia lebih 75 tahun itu menjalani ujian berkenaan sebagai 'tidak masuk akal', kata Jill Biden.
Pada Februari, bekas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengumumkan pencalonannya untuk bertanding pada pemilihan presiden 2024.
Iklan
Iklan
Dalam ucapannya, beliau telah mencadangkan agar Biden menjalani ujian kompetensi.
"Tidak masuk akal...Kami tidak akan pernah membincangkan perkara seperti itu," kata Jill Biden sebagai mengulas sama ada suaminya akan mempertimbangkan untuk mengambil ujian itu andai dipilih semula pada 2024, lapor Sputnik.
Biden yang mencecah usia 80 pada November 2022 menjadi pemimpin tertua yang dipilih sebagai presiden dan mengangkat sumpah jawatan pada usia 78 tahun.
Jika Biden berhasrat untuk dipilih semula pada 2024 beliau akan berusia 86 tahun sebelum melengkapkan penggal kedua sebagai presiden.
Presiden sebelum ini diaporkan berkata, beliau akan berterus terang dengan rakyat Amerika jika mempunyai sebarang masalah kesihatan. - Bernama